Click Banner!!! Then Register free to GET income!!!

14 October 2010

Seperti sudah lesap dari bibir......

Cik Khumaira....ini cerita tentang kamu....
Dulu......encit kekasih suke panggil kamu nama itu kan?
Pas tu...makin lama....encit kekasih sudah lupa untuk memanggil cinta hatinya nama itu.....
Mungkin dia terlalu sibuk......dia seperti terabai untuk menguruskan dirinya sendiri....dan sehingga lupa tentang nama Cik Khumaira....
Encit kekasih penat keje....malam dia perlu rest.....
Cik Khumaira sayang.....sila fahami tentang jadual kehidupan encit kekasih ye.....


**dalam hati cik Khumaira semakin memberontak kerana encit kekasih seperti mengabaikan dirinya.....

Mampukah????

08 October 2010

Tips bertemu bakal mertua.....

Sekadar ingin share info je laaa....hehehe.... 
Kebetulan ada someone yang send email Tips Bertemu bakal mertua. So, sy juz copy paste je laaaa......



Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi  jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika  kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa


Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau  pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".


Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.


Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? Anda boleh cuba...

Oklah!.. . Saya rasa, cukuplah sampai disini sahaja dulu untuk kali ini, insyallah.. jika ada masa terluang, saya akan share lagi di lain kali. Akhir kata, saya doakan saat pertemuaan anda dengan bakal mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda. Untung-untung.. kuranglah sedikit wang hantaran anda nanti.. he! he! he!...


****Semoga tips ini berguna utk anda. Sy xpenah lg ikut tips nie coz xde bakal mertua lg....hohoho
Cinta yang Tiada Penghujung


04 October 2010

Telah menikmati pakej "Honeymoon" di Pulau Kapas..........

Candid By: Cik Teah anak Perempuan Pak Usop

Sangat seronok okei.........coz bersamanye.....ngeeeeeeeee
Last weekend sesaje habiskan duit n sisa2 gaji untuk pegi holiday.......

Pakej 3hari 2 malam je laaa.....
Pergi hari kamis 30 Sept & balik ptg sabtu 2 okt 2010.....
Ini pakej holiday untuk tenaga pengajar + student marine untuk Program Survival Laut......
Aktiviti bersantai jer.....rilex2 sambil makan angin...posing2......berdua-duaan.....ngeeeeeeeeeee....
Itu kenangan best laaaa.............................tapi muka ku hitam sket...lain dari biasa laaaa........huhuhuhu.....




Sangat2 suka coz ade my dear....berkepit everywhere....hehehe
Love Him so much!!!

Di Pagi Jumaat 1 Oktober 2010

21 September 2010

Memutuskan Silaturrahim.....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya "Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim". Riwayat Al-Bukhari.


Tadi ai ada terbaca satu topik ni laa....memutuskan silaturrahim....
Ai baca topik ni bukannya nak putuskan silaturrahim...tetapi ingin mengetahui ape cerita disebalik topik ni. Memandangkan blog yang ai baca ni xbley nak copy entry nya....so, SILA lah berkunjung blogs yang dinyatakan.

Sila berkunjung ke link ....
http://dakwah2u.blogspot.com/2008/06/memutuskan-silaturahim.html
www.dakwah2u.blogspot.com

Selepas bulan Ramadhan (*,^)


Sangat seronok bila dapat cuti.....
bercuti selama 10hari...tanpa perlu memikirkan tentang k***.....sangat tenang berada dirumah..... **TERIMA KASIH TO ENCIK BOSS COZ BENARKAN STAFFNYE YANG MALAS NIE UTK CUTI LAME2*** Ni first time bercuti lame giler selama ai keje nie....sangat teruja la!!!! xkisah pun jauh ngan kekasih hati,asalkan boleh rest kat kampung halaman sendiri.....hehehehe...(encik kekasih jgn kecik ati ye,nnt i besarkan ati u gune pam tayar kete neh.....heeeee)


Selepas Ramadhan,sambut raye laaaa...tapi biasa2 jer...coz orang kampung...rumah memang kat kampung....tapi xbalik pn kampung 1 lagi coz atok nenek sume da xde...so,bertenggek je la kat kampung sebelah ayah jer....tapi,BEST!!! sepupu sepapat ngan anak2 mereka ni suke jalan2 n musti ade kat kampung time raye,xpenah miss.....heeeeeeee.....ramai budak2..... Tahun ni first time gak la beraye bersama anak sedare,sorang tu je laaa.... nak tnggu anak sndri,lambat lagi laaa....tahun depan ke....selepas tahun depan ke...selepas tahun depan selepas ke......selepas tahun tahun tahun depan ke....hummmm...entah laaaa....


~~ OPSSSS...lupa lak...ai masih mude okei...xperlu semakkan kepale pikirkan benda2 cam tue...yang pasti,kalo dah ade orang nak,xperlu la kite nie tunggu2 lagi....huhuhu......Tunggu eh,kalo ade rezki tahun depan...insyaALLAH....aminnnnn..........~~~

Situasi sepanjang Bercuti...menunggu seseorang datang utk pick up me to go anywhere lah....tapi,takder pon....huhuhu....encik kekasih,sila dengar dan baca luahan hati cik kekasih nie....hukhukhuk..... ai tunggu u datang beraye rumah ai....till end of de day on khamis 16 September 2010....xdatang jugak.... ai tunggu u contact juz nak dengar u cakap "ai nak datang rumah nie"    tapi xde pon...telinga ai xdgr pun you...sob...sob..sob....

****ai cayam u encik kekasih......

30 August 2010

menu berbuka hari isnin 30 0gos 2010 = 20 Ramadhan

MEE SIZZLING............................

Menu petang nie...... sendiri buat tau.....


2nd time nak masak mee sizzling
balik keje nnt nk pegi sopim cari ingredients nye............
slurpppppppppppp.........
da xsabo nie nak makan.........


MEE sizzling....daku akan ciptakan kamo untuk dijadikan makan berbuka puasa ari nie..........

yehaaaaaaaaaaa..............................................

"JANGAN MEMBAZIR DI BULAN YANG MULIA NIE...."

Ada satu kisah…..

kisah antara aku dan dia.....
cerita antara aku dan dia....
perjalanan kehidupan aku dan dia......

So sweet tgk bunga-bungaan ini.... present by him for her.

Yang pasti...ianya berbeza....... jauh sekali untuk ada persamaan.... kerana dia dengan cara hidupnya dan aku punyai cara hidup ku sendiri.....



setiap apa yang telah berlaku...dilalui bersama...dan hampir setiap kali perjalanan itu sentiasa disampingnya...... hanya waktu siang yang diperuntukkan untuk aku dan dia....siang hari sahaja...okei.
malamnya...masing-masing punyai kehidupan sendiri...sangat jauh bezanya.... sangat sukar untuk didekati.... kerana dia bukan hak aku dan aku bukan hak dia...............


pendek kata....kehidupan mereka berdua mengikut waktu bekerja.