Click Banner!!! Then Register free to GET income!!!

01 August 2011

...Kesah ker??.....



Subject: Mengejar cinta yang telah pergi

Dari hati lelaki diterjemah by mesej:

Assalamualaikum awak…saya tahu saya mengganggu awak. Saya tak penah & tak boleh lupakan awak. Kenangan saya dengan awak insyaALLAH saya akan ingat sampai bila2 coz awak adalah cinta pertama saya. Saya tahu..dulu saya dah banyak menyakitkan perasaan awak. Dulu saya tak matang. Hidup saya tak tentu arah coz masa tu saya stress ngan  belajar & saya sakit. Masa tu, saya hanya pikir saya nak orang yang saya sayang sentiasa dekat dengan saya.  Tapi, awak jauh dengan saya. Saya dah wat salah coz melepaskan awak. Saya tahu awak memang setia. Saya percaya awak tak penah ada orang lain sepanjang perkenalan kita. Tapi..saya sengaja buat hal yang boleh menyakitkan awak coz saya tahu awak tak bersalah & saya sengaja nak biarkan awak pikir saya memang jahat supaya awak senang lupakan saya.

Tu semua kisah lama saya ngan awak. Sekarang saya dah senang. Saya dah habis belajar. Saya dah bekerja ngan gomen laa awak. Alhamdulillah…saya Berjaya tamatkan pelajaran saya walaupun take time almost 5 years.huhuhu…. Sekarang saya nak sangat awak kembali pada saya. Saya masih sayang awak walaupun kita dah lama berpisah. Perasaan tu sentiasa dalam hati saya sebab awak cinta pertama saya.

Awak sentiasa update tentang kisah hidup awak. Saya tahu awak dah berpunya. Kalau laaa saya tahu awak masih single…sekarang jugak saya suruh parent saya pergi pinang awak. Tapi, saya tahu saya dah terlambat. Awak dah bertunang. Kalau awak tnggu saya…mungkin saya dah mampu membahagiakan awak dengan apa yang saya dah miliki sekarang.

Saya dah terlambat 2 tahun untuk mengejar awak. Hanya bayang2 & kisah awak jer yang akan jadi kenangan dalam hidup saya.  Saya tahu…awak akan berkahwin tak lama lagi…saya harap, perancangan awak akan berjalan lancar seperti ketentuan-NYA. InsyaALLAH awak….orang yang awak miliki sekarang mampu untuk membahagiakan awak. Dia yang terbaik untuk awak. Saya tak berhak untuk miliki orang yang baik macam awak. Kalau boleh…saya nak cari perempuan macam awak…muka macam awak…fizikal macam awak…baik  macam awak…. Saya suka tengok bila awak senyum sebab senyuman awak tu laaa yang telah memikat hati saya..hehehe.....

Satu je pesanan saya untuk awak…kalau ada apa2 masalah…awak cari laa saya ek. Saya sentiasa bersedia untuk tolong awak.  Saya akan bersedia untuk terima awak bila2 masa sekiranya awak perlukan saya lagi. Dan saya sangat berharap awak akan kembali pada saya. Tapi tak baik laaa saya nak mengganggu kebahagiaan awak. Semoga awak sentiasa bahagia bersama ngan dia. Terimalah setiap baik buruk dia coz kita manusia biasa akan ada jugak kelemahan yang tanpa disedari akan kita lalui. Kalau ada apa2 masalah,berbincang laaa baik2. Jangan bertindak ikut emosi yer awak…walaupun awak garang,hati awak sangat baik & awak memang penyayang. Coz itu laaa semua sikap yang saya nampak dalam diri awak selama perkenalan kita hampir 7 tahun. Semoga awak akan sentiasa ingat saya sebagai kawan awak.

Dari hati seorang wanita:

Alaways think positive. Saya dah bersyukur dengan apa yang dah dimiliki sekarang. Walaupun kadang2 ada masalah...ALHAMDULILLAH mampu diselesaikan dengan cara baik. Terima masalah tu sebagai dugaan yang mampu untuk membuat kita berfikir dengan lebih matang. INSYAALLAH dia akan sentiasa jadi yang terbaik dalam hidup saya. Saya tahu awak akan akan jumpa orang yang lebih baik dari saya.

********************************************************************
MORAL OF THE STORY
Kita jangan mudah mengalah & jangan mudah tergoda dengan segala kata-kata manis orang yang cuba "mendekati" kita. 
Bersyukurlah dengan apa yang telah dimiliki dan bukannye menyesali apa yang kita takkan miliki coz apa yang kita tak mampu miliki sebenarnya bukan yang terbaik ditentukan untuk kita. 


"Pokok pangkalnya...semua bermula dari hati kita"

Yang menaip leteran; ~cik ana~ 
 Layari website - http://www.flickr.com/photos/gdinzz

No comments:

Post a Comment