**Akan ku cuba untuk menggunakan bahasa baku (Bahasa Melayu yang betul) untuk sesi kemaskini blog pada hari ini.....
Tarikh: Hari ini 16 haribulan Oktober Tahun 2011
Masa Kejadian: 5.45 petang - 6.15 petang
Lokasi: Depan Risda - Kedai makan
Catatan: Makan nasi goreng Kampung + Air buah yang pekat (mempelam & tembikai)
Perancangan selepas balik kerja hari ini adalah untuk ke rumah tukang jahit. Alasan::-perlu menghantar kain untuk dijahit sebagai baju yang akan dipakai semasa akad nikah....
Pasangan ini memang sudah membuat keputusan untuk terus ke rumah tukang jahit....tetapi, tiba-tiba sahaja encik tunang menyebut satu perkataan yang membuatkan hati cik tunangnya terasa sangat & amatlah kesian...
Nak tahu tak encik cakap apa????
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
I LOVE YOU!!!!
bukan laaaa....tidak mungkin kita akan rasa kesian bila orang cakap macam tu kan??
Lagi terasa gedix (galak) ada laa.......
***itu saya je tau, perasaan orang lain saya tidak tahu sebab encik tunang amatlah jarang nak sebut 3 perkataan 8 huruf tu!!!!!ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Mesti eksaited nak tahu kan??????
Haaaaa.....senyum dulu.... senyumm...senyummmm........
Cakkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!
"Sayang, abi lapar laaa............"
Di ulang sekali lagi..... LAPAR!!!! encik tunang lapar....hahaha....
Tiba-tiba....pasangan ni tukar perancangan. Tidak menjadi perancangan ke rumah tukang jahit, tapi terus pergi makan NASI GORENG KAMPUNG.... menu sama tapi air mesti pesan lain-lain rasa. Hari ini minum air buah yang amatlah pekat & sedap. Air tembikai untuk cik & air mempelam untuk encik!!!!gurrrrrrrrrrr.....minum ais!!!! Dah melanggar pantang larang....hehehe....Tapi tidak mengapa, sebab encik minum ais....saya pun bebas la nak minum ais juga...hehehe....
Bila makanan dah siap....encik tunang makan laaa... cara dia makan tu amatlah sopan santun santin...suap dengan penuh kesopanan & kesantunan walaupun tengah lapar... betapa dia amatlah bersabar menghadapi rezeki.
Cik tunang yang kehairanan berhenti menyuap nasi goreng yang sedap itu.....
Alasan::-sebab encit tunang makan nasi goreng tu seolah-olah di kedai makan itu hanya ada nasi goreng, air mempelam & dirinya sahaja!!!!
Cik tunang yang kat sebelah ni, langsung tak dihiraukan.
Encik tak bertegur sepatah pun...tak bertanya langsung makanan tu sedap atau tidak....pelik bin hairan!!!! Terbukti encik saya tu memang sedang lapar. Dah tabiat dia macam tu.hehehe....
"Bi takmo cakap ngan sayang ke????"
cik buat muka sedih bertanya kepada encik.
Tiba-tiba...pasangan ni letak sudu....berhenti mengunyah...then...kitorang ketawa!!!!!!hahahahaha....
Nasib baik kedai tu tepi jalan...bunyi segala lori bas kereta motor telah meng"cover" suara bising pasangan itu....
Encik cakap::-"Abi malas ar nak bercakap...kan tengah makan, tak baik bercakap-cakap depan makanan....skrg ni mood makan, takot hilang selera...."
Cik balas::-"Padehal tengah lapo, syg kat sebelah ni pun abi takmo cakap....hahaha"...
Serius laaa nak cerita....rasa macam makan sorang2 kat kedai tu....hahaha....sebab encik saya lapar, saya bagi dia makan separuh lagi nasi goreng saya tu...kihkihkih..... DIA MEMANG SUKA MAKAN!!!!!
***P/s: Habis laaa awak bi, saya dah masukkan dalam diary saya nie.......kehkehkeh... nasib baik tak buat video je tadi...hohohoho..... saya gumbira & senang hati bila tengok dia makan....selera dia tidak seperti orang kurus. Sekarang dalam proses menggemukkan badan.Hasilnya amatlah POSITIF!!!!!!
= Saya share story dengan
gdinzzphoto =)
"......#*@#**--> penggunaan bahasa melayu gagal!!!hahaha......"
Pot pet Pot pet by;~cik Roza~